Sabtu, Mac 17, 2012

CinTa

Salam...dah lama aku xbuka blog ni...rase rindu sangat nak menulis cume aku xda masa... Erm..Korang pernah bercinta x?? Mesti pernah kan...Cinta itu memang sesuatu yang indah..Tapi bila cinta itu pergi meninggalkan kite, pasti terasa keperitannya..

Jika kita mencintai seseorang, cintailah si dia sepenuh hati...Keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan amat penting..Janganlah kita bersikap pentingkan diri..Aku?? Aku sanggup buat apa sahaja demi CINTA...

Aku ada satu kisah yang nak dikongsikan dengan korang....Kisah tentang 2 orang manusia yang saling mencintai antara satu sama lain...Si lelaki amat cintakan si wanita tersebut...Apa sahaja yang si wanita inginkan pasti si lelaki itu cuba yang terbaik untuk melakukannya..Suatu hari si wanita itu bertanya "awak, kalaulah suatu hari nanti saya terpaksa bertunang dengan orang lain, ape tindakan awak?"..Si lelaki itu menjawab "Bertunang? Kalau itu jodoh awak, saya redha dengan ketentuan Allah"...

Dijadikan cerita..Si wanita itu betul2 akan bertunang dengan lelaki lain...Si wanita itu bertanya sekali lagi soalan yang sama kepada lelaki tersebut..Si lelaki itu pun menjawab dengan jawapan yang sama...Sehari sebelum si wanita itu bertunang, dia pun pergi menemui si lelaki...

Si lelaki itu berlagak macam tiada ape pun yang berlaku walhal dalam hati xda sesiapa pun yang tahu betapa sedihnya hati dia...Insan yang selama ini selalu disampingnya akan berjauhan dan akan bersama orang lain...Si wanita tersebut menangis dihadapan lelaki tersebut kerana orang yang akan bertunang dengan dia bukanlah pilihan hatinya tetapi kerana terpaksa...

Inilah yang dinamakan CINTA..Bukan semua yang kita rancang akan menjadi realiti.. Selagi kita ada masa..Janganlah kita mengabaikan CINTA..Jika CINTA itu sudah pergi..Kita juga yang akan merana...Menangislah sampai kering airmata sekalipun CINTA itu tetap xakan pulang....

P/S:Renung2kan ye kawan2...Sesiapa yang tengah bercinta,jangan tunggu lama2...Jumpalah kedua-dua orang tuanya.....Hehehe...

0 comments:

Catat Ulasan