Ahad, Februari 28, 2010

KARNIVAL "LET'S RECHARGE"


Karnival “Let’s Recharge” merupakan satu karnival berkonsepkan keusahawanan di mana semua remaja dan mahasiswa/wi khasnya dapat berhimpun dan beriadah di samping mengisi masa terluang mereka dengan perisian program yang memberi manfaat dari segi rohani dan jasmani.

Pelbagai acara dan program dirancang sepanjang karnival ini diadakan. Perlaksanaan pelbagai program ini adalah selari dengan objektif utama perlaksanaannya iaitu memberi pengisian dari segi rohani menerusi slot- slot persembahan, jasmani menerusi pelbagai acara sukan yang dipertandingkan serta minda melalui slot- slot pameran dalam menerapkan modal insan didalam diri setiap belia.

Perisian program sepanjang karnival ini terbahagi kepada empat bahagian: Pameran, booth jualan pelajar UNITEN, booth jualan peniaga luar dan slot permainan. Sebagai penganjur karnival, ketiga- tiga kelab akan bersama- sama memikul peranan dan tanggungjawab dalam memastikan karnival ini berlangsung dengan jayanya.

Booth jualan (Pelajar dan peniaga luar)- Tujuan booth diadakan adalah untuk memeriahkan karnival disamping membuka peluang perniagaan kepada peniaga- peniaga tidak kira dari kawasan berhampiran mahupun luar. Selain daripada itu, ianya diharap dapat mendedahkan para pelajar UNITEN dan belia amnya interaksi dunia perniagaan sebenar disamping menarik minat mereka menceburi bidang perniagaan.

Pameran- Tujuan pameran diadakan adalah untuk memberi perisian minda kepada golongan belia ini. Perisian minda yang dimaksudkan adalah memberi kesedaran dan membuka minda belia dalam membendung pelbagai gejala sosial dan budaya luar yang tidak elok. Antara pameran yang akan diadakan adalah:
1. Kementerian Hal Ehwal Pengguna
2. Bomba dan Penyelamat
3. Penjara
4. Jabatan Keselamatan Kerja Raya
5. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
6. Kempen Derma Darah


Permainan- Tujuan permainan diadakan bertujuan untuk berhibur dalam pendekatan yang lebih positif. Mereka bukan berhibur semata- mata tetapi mereka juga dapat berkongsi pengalaman, mempamerkan bakat sedia ada disamping menguji minda mereka.

Tarikh Karnival: 05/03/2010
Masa Karnival : 08.00 am to 08.00 pm
Tempat Karnival: Auditorium Uniten KSHAS


ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR!!
Bawak semua sekali rakan-rakan anda dan marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi karnival tersebut. Pelbagai permainan dan hadiah menanti anda semua. Kami akan memastikan agar anda semua berpuas hati dengan layanan kami nanti!!

Jumaat, Februari 26, 2010

KPMB Best



Salam Sejahtera Semua...Hari ni aku tengah check laptop aku n terjumpa la plak picture ni..uhhh.. memori lama kembali semula.. rindu sangat time ni... Masa ni aku belajar kat Kolej Profesional Mara Beranang (KPMB) and ni last Annual Dinner kitaorang.. Besat sgt2 tau! Hehehe..





ni la kawan2 yang seperjuangan ngan aku time belajar kat KPMB dulu.. Diorang ni walaupun kepala otak giler2 tapi aku suka kawan ngan diorang. Lama gak xjumpa mereka..Ape la yang diorang ngah buat sekarang? Dah keje ke?? Dah kawin ke?? Erm..xtau la aku.. Ape2 pun aku harap persahabatan yang terjalin antara kami xkan putus sampai bila-bila..