Khamis, April 22, 2010

Terengganu - ED n Marketing



Salam kepada semua sahabat handai dan pembaca sekalian.. Aku nak cerita sikit pasal pengalaman ke terengganu bersama ngan kawan2 seperjuangan UNITEN. Pada 3hb April yang lalu, pelajar2 ED & Marketing telah mengadakan lawatan sambil berhibur ke Terengganu. Seramai 40 pelajar lebih yang mengikuti lawatan tersebut termasuklah seorang lecturer iaitu Miss Mahiah.. Ermm..First day kat sana okla.. Aku sampai first kat sane dan Miss Mahiah menjemputku di McD Kerteh..Pastu kami pergi check-in penginapan di Rumbia Resort..Dekat ngan area Paka rasanye..Okla tu..Bilik die pun ok..Bagi aku lau korang nak g sane bolehlah pilih Rumbia Resort ni..



First tempat yang kitorang g adalah Pantai Kemasik..Cantik gak la pantai kat cini.. Erm..Rasa best jek tengOk pemandangan pantai ni.. Walaupun dah lambat sampai kat sane tetapi bebudak ni sempat je amik pic..Excited kot..Entahla,Aku pun xtau..



Hari kedua: Destinasi Kuala Terengganu

Pada jam 9pg kami semua bertOlak ke Kuala Terengganu. Tempat first yg kami g adalah Pasar Payang..Huhuhu..Leh tahan mahal gak la brg2 kat situ..But for me pakaian kat situ mmg cantik2..



Destinasi seterusnya ialah Kg.Losong..Tempat ni mmg famous sgt ngan kerOpok lOsongnye yang sedap..Pilih punyer pilih kami g ke kedai Adik-Beradik..Makcik kat sini peramah gak la orangnye..Erm..Kekawan aku yg lain byk gak la yg borong kerOpok kat sane. Mybe dorang nak buat balik kg masing2 kot. Hahahaa...



Last destination utk hari kedua adalah Taman Tamadun Islam(TTI). Fuhh..mmg cantik kat sane..macam2 masjid kite leh tengOk. Erm..semua pun dah penat masa ni..Hahaha.. masa tayangan videO ada la gak yg sempat TdO..Panas kOt time tu..




video video

Khamis, Mac 25, 2010

UniTeN

Hi..Lama xpost something kat blog ni. Erm..HAri ni aku nak kongsi ngan korang sumer pasal uniten terchinta. Hahahaha.. Seronok gak la belajar kat cni. Kawan pun ada la jugak. Ada yang dari Melaka, Ganu, Kl, Kuantan dan byk g la..Semua dtg ke cni untuk satu tujuan..BELAJAR..Huhuhu...Wlpun penat gak belajar ni tapi kenela bertahan gak..
Ni aku nak tunjuk kat korang kawan2 aku kat Uniten ni..

PIC NI TIME PRODUCT LAUNCHING BUS ETHIC KAWAN2 AKU......


YANG NI PULAK TIME G JEJALAN NGAN KAWAN2 KAT HUTAN LIPUR PANCHING,KUANTAN


PIC NI AKU AMIK MASA KWN2 AKU DTG KE KELANTAN...HEHEHEE


DAN NI LAK PIC KAWAN2 YANG GILE2 SIKIT...SIKIT KE?? LU PK LA SNDRI!

Isnin, Mac 22, 2010

SejaraH KelantaN




Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".

Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsaan yang menarik. Sebagai pembuka lembarab sejarah perkembangan persinggahsanaan Negeri Kelantan, diriwayartkan bahawa dalam tahun 1411M (814H) di Negeri kelantan terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. walau bagaimanapun Baginda raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada maharaja China itu.

Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur nama Negeri Kelantan telah menjadi masyhur merata-rata tempat. Kemasyuran Negeri Kelantan telah sampai ke negeri Melaka dibawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, dimana Baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Gombak. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat Baginda, aiitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang uteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. baginda bersemayam di Gunung Chinta wangsa, Ulu kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.



Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta wangsa menjadi masyhur menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Padulka Cik Siti". baginda mempunyai seekor kijang yang amat oleh Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam.

Gambar kijang ini telah diterap diatas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada Lambang Kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini dengan megahnya.

Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyoy di Jembal. Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kcantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh oleh Maharaja Siam dan telah dibawa ke Siam, kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat dari pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi. Selepas itu raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya ditepi Tasek Lelayang mandi. Dengan itu putuslah sejarah Kerajaan mahligai dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Sultan Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah puteri Raja Petani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.

Long Sulaiman mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu.

Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Sabtu, Mac 20, 2010

FinaL ExaM



Ya Allah, keluarkanlah daku dari kegelapan khayalan. Muliakanlah daku dengan sinaran kefahaman. Bukakanlah untukku pengetahuan ilmu. Perelokkan akhlakku dengan sifat penyantun. Mudahkanlah untukku semua pintu anugerah-Mu. Limpahkanlah kepadaku perbendaharaan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Tinggal lagi 2 hari je sblm final exam bermula..adakah aku sudah bersedia??? Ya Allah, Bantulah hambaMu ini.. Risau sgt bile pikir dah nak final.. Byk lagi benda yg nak kene baca.. Adussss...cmne ni? Terasa beban sgt sem ni..Dah la final year..Mesti dptkn result yang bagus.. Lau x, habis la aku..

Erm..Kepada kawan2 yang akan menduduki exam gak mggu depan, aku doakan kalian semua dapat buat yang terbaik yer.

Selasa, Mac 16, 2010

CARA FORMAT DAN INSTALL WINDOWS XP

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab,
iaitu:
● Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke
dalamnya.
● Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format Hard Disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok,mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot
sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian FormatHard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
1. Hidupkan komputer anda.

2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk
melancarkan BIOS.

3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.


4. Pilih Boot Sequence.


5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.


6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.


Format Hard Disk
1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej "Press any key to boot from CD...".Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.


2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, "Press F6 if you need to install a third party SCSI or RAID driver". Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboardanda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install
Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini:


3. "Welcome to Setup" dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.


4. "Windows XP Licensing Agreement". Tekan F8 untuk teruskan.


5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.

Isnin, Mac 08, 2010

Product Launching

Salam..Hari ni aku nak berkogsi ngan korang semua pasal "product launching" untuk subjek Business Ethics. Ptg tadi aku baru je selesai buat semua tu..Aku group yang paling last buat product launching...Semua orang dah balik coz dah lambat sgt.. So, ape lagi..Kitaorang buat present 5 minit je la..Berbaloi ke x lau habis beratus-ratus untuk 5 minit saje?? Ape komen korang sumer?? Bagi aku la kan, all students kene la panctual pasal masa. Dah orang suh present 10 minit je..Yang korang present sampai setengah jam tu apesal? Kan dah amik masa org lain...

Isnin, Mac 01, 2010

Panel Untuk Product Launching

salam..erm...Sungguh penat la aku hari ni. Hehehe..Nak tahu x kenape? Hahaha..Hari ni aku kene jadi panel untuk Presentation and Launching Product untuk subjek Business Ethics..Penat siot..Dah la start kul 2 then habis kul 6 lak tu...Adusss...Tapi xpe. Rasa berbaloi gak coz dapat la gak kan cenderahati dari group presenter. Hahaha.. Hari ni giliran aku..Minggu depan orang lain lak..So, aku lak kene present minggu depan..Xtahu la nak buat camne.

Ahad, Februari 28, 2010

KARNIVAL "LET'S RECHARGE"


Karnival “Let’s Recharge” merupakan satu karnival berkonsepkan keusahawanan di mana semua remaja dan mahasiswa/wi khasnya dapat berhimpun dan beriadah di samping mengisi masa terluang mereka dengan perisian program yang memberi manfaat dari segi rohani dan jasmani.

Pelbagai acara dan program dirancang sepanjang karnival ini diadakan. Perlaksanaan pelbagai program ini adalah selari dengan objektif utama perlaksanaannya iaitu memberi pengisian dari segi rohani menerusi slot- slot persembahan, jasmani menerusi pelbagai acara sukan yang dipertandingkan serta minda melalui slot- slot pameran dalam menerapkan modal insan didalam diri setiap belia.

Perisian program sepanjang karnival ini terbahagi kepada empat bahagian: Pameran, booth jualan pelajar UNITEN, booth jualan peniaga luar dan slot permainan. Sebagai penganjur karnival, ketiga- tiga kelab akan bersama- sama memikul peranan dan tanggungjawab dalam memastikan karnival ini berlangsung dengan jayanya.

Booth jualan (Pelajar dan peniaga luar)- Tujuan booth diadakan adalah untuk memeriahkan karnival disamping membuka peluang perniagaan kepada peniaga- peniaga tidak kira dari kawasan berhampiran mahupun luar. Selain daripada itu, ianya diharap dapat mendedahkan para pelajar UNITEN dan belia amnya interaksi dunia perniagaan sebenar disamping menarik minat mereka menceburi bidang perniagaan.

Pameran- Tujuan pameran diadakan adalah untuk memberi perisian minda kepada golongan belia ini. Perisian minda yang dimaksudkan adalah memberi kesedaran dan membuka minda belia dalam membendung pelbagai gejala sosial dan budaya luar yang tidak elok. Antara pameran yang akan diadakan adalah:
1. Kementerian Hal Ehwal Pengguna
2. Bomba dan Penyelamat
3. Penjara
4. Jabatan Keselamatan Kerja Raya
5. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
6. Kempen Derma Darah


Permainan- Tujuan permainan diadakan bertujuan untuk berhibur dalam pendekatan yang lebih positif. Mereka bukan berhibur semata- mata tetapi mereka juga dapat berkongsi pengalaman, mempamerkan bakat sedia ada disamping menguji minda mereka.

Tarikh Karnival: 05/03/2010
Masa Karnival : 08.00 am to 08.00 pm
Tempat Karnival: Auditorium Uniten KSHAS


ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR!!
Bawak semua sekali rakan-rakan anda dan marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi karnival tersebut. Pelbagai permainan dan hadiah menanti anda semua. Kami akan memastikan agar anda semua berpuas hati dengan layanan kami nanti!!

Jumaat, Februari 26, 2010

KPMB Best



Salam Sejahtera Semua...Hari ni aku tengah check laptop aku n terjumpa la plak picture ni..uhhh.. memori lama kembali semula.. rindu sangat time ni... Masa ni aku belajar kat Kolej Profesional Mara Beranang (KPMB) and ni last Annual Dinner kitaorang.. Besat sgt2 tau! Hehehe..





ni la kawan2 yang seperjuangan ngan aku time belajar kat KPMB dulu.. Diorang ni walaupun kepala otak giler2 tapi aku suka kawan ngan diorang. Lama gak xjumpa mereka..Ape la yang diorang ngah buat sekarang? Dah keje ke?? Dah kawin ke?? Erm..xtau la aku.. Ape2 pun aku harap persahabatan yang terjalin antara kami xkan putus sampai bila-bila..